Md. Jais yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pe­nerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi nege­ri memangku jawatan itu bagi menggantikan Datuk Abd. Latif Bandi yang sedang bercuti daripada tugas rasminya.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, lantikan tersebut dibuat berikutan Md. Jais merupakan exco paling kanan dan mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri.

"Penyusunan itu adalah bagi satu tempoh sehingga selesai proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes melibatkan ahli keluarga serta pegawai khas Abd. Latif.

"Penyusunan tersebut juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.