Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Unit Bencana Selangor sedang memantau keadaan semasa dan bersedia menyalurkan bantuan kecemasan.

"Bilik Gerakan Pantas MBSA sentiasa memantau keadaan semasa," katanya dalam catatan menerusi Facebook.

Beliau turut menasihatkan orang awam untuk mengehadkan aktiviti luar dengan mendahulukan keselamatan diri.

Amirudin juga meminta orang ramai menghubungi MBSA di talian 1800-88-4477 sekiranya ada insiden pokok tumbang di kawasan mereka. 

Beberapa lokasi dilaporkan terjejas dengan insiden pokok tumbang dalam kejadian ribut petir yang berlaku pukul 5.27 petang antaranya Dewan Angsana yang diuruskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Liku 8/1, Seksyen 8 dan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Kondominum Sri Mahligai di Seksyen 9 dan Seksyen 11. - Bernama