Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad, program yang bermula pukul 9.30 pagi hingga 3.30 petang itu diadakan untuk meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat agar bersikap lebih bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

"Selain itu, program ini juga merupakan langkah proaktif bagi mengawal peningkatan populasi anjing dan kucing terbiar di kawasan pentadbiran MBSA.

"Hanya haiwan peliharaan iaitu anjing dan kucing sahaja yang terlibat dalam program ini," katanya di sini hari ini.

Shahrin berkata, program tersebut terbuka hanya kepada masyarakat yang bermastautin di kawasan pentadbiran MBSA sahaja.

"Orang ramai juga diminta membawa sesalinan bil elektrik, bil air atau cukai taksiran sebagai bukti pengesahan alamat semasa membawa kucing atau anjing untuk dihantar ke Stor MBSA," katanya. - K! ONLINE