Tinjauan yang dilakukan secara mengejut itu turut disertai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man bersama kira-kira 20 penunggang basikal lain. 

Dalam sesi itu, Zambry dilihat beramah mesra dengan orang awam selain bertanya pendapat mengenai keadaan bandar raya Ipoh. 

Tinjauan berbasikal oleh Menteri Besar itu tersebut bukanlah perkara yang pelik bagi warga Ipoh dan penduduk di Perak kerana beliau pernah beberapa kali melakukan tinjauan dengan berjalan kaki selain membersihkan tandas di tempat-tempat awam tanpa liputan pihak media.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataannya berkata, tinjauan yang bermula dari Jalan Raja Dihilir sekitar pukul 9 malam itu melalui Hospital Raja Permaisuri Bainun, Taman Dr. Seenivasagam, Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh. 

“Menteri Besar turut melawat bangunan Dewan Bandaran, Padang Ipoh dan Hospital Pantai Puteri melalui Jalan Sultan Idris dan Jalan Sultan Azlan Shah. 

“Ia merupakan pendekatan turun padang yang sentiasa diamalkan oleh Menteri Besar dan Datuk Bandar bagi melihat sendiri pembangunan bandar raya ini termasuk pencahayaan dan kebersihan,” katanya. 

Tambah kenyataan itu, MBI berharap tinjauan seperti itu akan terus mengekalkan bandar aray tersebut sebagai bandar paling bersih di Malaysia dan menjadikan MBI sebagai pihak berkuasa tempatan terbaik di negara ini. - K! ONLINE