Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh menerusi akaun Facebook beliau memuat naik beberapa keping gambar Ahmad Faizal berada di lokasi pengambaran filem berjudul 'Buntat' di sekitar Perak.

Selain Sabri dan Ahmad Faizal yang mengenakan jubah putih serta berkopiah, turut berada di lokasi adalah pelakon serta pelawak terkenal, Imuda.

Menurut Mohd. Hafez Mubin, filem itu mengisahkan seorang budak yang lari dari kampungnya untuk mengerjakan haji dengan menaiki kapal haji pada tahun 1968.

"Pelbagai kejadian telah terjadi padanya. Kesedihan, kegembiraan dan pengorbanan terpaksa dilaluinya.

"Saksikan filem yang penuh pengajaran dan tauladan, filem...Buntat! Nantikan tayangannya di pawagam berdekatan," demikian menurut Mohd. Hafez Mubin. - Bernama