Menurut satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, istiadat yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene itu, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran berkenaan kepada Dr. Sahruddin yang membawa gelaran Datuk.

Dr. Sahruddin, 43, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April lalu.

Ia adalah bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan pada 8 April lepas.
Pada istiadat itu juga, seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO), termasuk tiga muka baru, turut mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim. - Bernama