Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, ini berikutan pihaknya mendapati pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut khususnya dilakukan warga asing yang menjalankan aktivit pertanian.

Katanya, pembakaran itu mengakibatkan   peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut.

"Isu pembakaran terbuka di Johan Setia memang di dalam perhatian kerajaan negeri.

“Perkara ini sudah beberapa kali dibawa dalam mesyuarat dan kerajaan Selangor masih mencari formula berkesan untuk menangani masalah ini,” katanya kepada ditemui selepas menghadiri Dialog Bajet 2020 Pemberdayaan Ekonomi Ke Arah Selangor Maju Bersama, di sini, hari ini.

Minggu lalu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar(JAS) Selangor, Shafee Yasin dipetik berkata, pembakaran yang dilakukan petani di Johan Setia itu turut menyumbang kepada peningkatan IPU di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya IPU mencecah bacaan tahap tidak sihat di lima lokasi utama di negeri ini.

“Apabila IPU mencecah 100 hingga 200, kita akan ikut arahan pihak yang berkenaan.

"Buat masa ini saya menasihati orang ramai untuk elakkan dari melakukan aktiviti luar jika tidak perlu," katanya. - K! ONLINE