Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mayat lelaki berusia 48 tahun itu dijumpai seorang wanita yang tinggal berhadapan rumah terbabit ketika hendak keluar bekerja kira-kira pukul 5.30 pagi.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat dan kesan tayar berhampiran mangsa, pihaknya percaya mangsa mati di tempat lain, sebelum dibawa dan ditinggalkan di kawasan itu pada awal pagi ini.

"Tiada kecederaan luaran dikesan pada mayat itu, namun terdapat dokumen pengenalan diri iaitu passport dijumpai di dalam beg sandangnya.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama