Mayat Zainuddin Bedda, 61, warga Indonesia itu ditemui di tepi sungai pada pukul 11.34 pagi iaitu kira-kira dua jam selepas pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada 8.56 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, dalam satu kenyataan berkata, lima anggota dengan sebuah kenderaan utiliti bomba digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat kecemasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya 11.38 pagi tadi. - Bernama