Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pekerja hotel berkenaan kira-kira 2.10 petang.

“Pekerja hotel berkenaan melaporkan kepada polis selepas wanita berusia kira-kira 30-an terbabit tidak mendaftar keluar daripada bilik berkenaan sejak pukul 12 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala berdasarkan tiga kesan tetakan yang terdapat pada belakang kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE