Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, lelaki berkenaan dipercayai mahu menuju ke tokong berhampiran untuk sembahyang sebelum ternampak mayat lelaki yang hanya ditutup sehelai kain pada bahagian kemaluannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden KS Mender Singh berkata, polis yang menerima panggilan daripada lelaki itu bergegas ke lokasi dan mendapati terdapat kesan luka serta pendarahan di bahagian belakang kepala mangsa yang dikenali sebagai Wong, 58.

"Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan tompokan lilin berwarna merah pada badan dan mukanya selain kesan titisan darah tidak jauh dari lokasi terbabit.
 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.