Ketua Polis Pahang, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, andaian itu dibuat berdasarkan tiada mayat kedua dijumpai, walaupun operasi mencari telah dijalankan dengan teliti termasuk menggunakan unit anjing pengesan. 

Sehubungan itu, andaian awal ialah berkemungkinan mayat yang sebelum ini dipercayai wanita berdasarkan barangan kemas yang dipakainya, adalah suami isteri itu yang berada dalam keadaan berpelukan. 

"Ini dibuat kerana adalah biasa untuk mangsa duduk berdekatan atau berpelukan kerana takut semasa berada dalam situasi cemas atau panik. 

"Bagaimanapun, untuk kes ini, kita akan menunggu sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan adakah mayat ini milik seorang individu atau berdua," katanya. - Bernama