Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat itu baru dibakar berdasarkan bahang padanya.

"Siasatan awal unit forensik mendapati mayat itu telah dibunuh dua hari sebelumnya di lokasi lain sebelum dibakar di ladang tersebut berdasarkan kepada penemuan sehelai tuala penuh dengan darah dan berulat di tempat kejadian.

"Keadaan mayat hangus hampir 85 peratus dari bahagian paras dada ke kaki menyebabkan identiti mangsa tidak dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Muhammad Hanif berkata pihak polis turut menemukan beberapa cebisan kain langsir dan kain lain pada mayat namun tiada sebarang botol petrol atau bahan bakar dijumpai di sekitar mayat.

"Unit anjing pengesan K9 telah dipanggil ke tempat kejadian untuk mengesan jejak dan mencari bukti lain," katanya.

Menurutnya mayat itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - Bernama