Mayat Tee Chau Hou, 61, ditemukan pukul 9.15 pagi lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap di dalam parit air yang digunakan untuk kerja-kerja meracun.

Jurucakap Balai bomba dan penyelamat Kuala Selangor berkata, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang pukul 6 petang kelmarin semasa menjalankan kerja mengorek parit di ladang itu.

“Mayat lelaki ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bomba di ladang tersebut.

“Bomba kemudiannya mengeluarkan mayat tersebut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE