Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam semalam, Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, dipercayai hilang dibawa arus ketika mandi bersama tiga lagi rakannya yang berasal dari Selangor. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Zainal Abidin Nong Chik berkata, mayat Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi oleh pasukan penyelam yang melakukan operasi pencarian.

"Mayat mangsa berada kira-kira 15 meter dari kawasan dia dilaporkan hilang oleh pasukan penyelam yang melakukan pencarian hari ini.

"Mayat mangsa tersangkut pada batu sedalam satu meter di kawasan yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter itu," katanya hari ini. 

Menurutnya, mangsa tiba di lokasi pelancongan itu pukul 5 petang semalam sebelum dia dilaporkan lemas. - K! ONLINE