Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, mayat, Ng Chai Soon, 41, yang merupakan pekerja kilang dijumpai orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komosioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan di tempat kejadian menemui kereta yang dinaiki mangsa dalam keadaan pintu pemandu dan penumpang belakang terbuka.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi mengenal pasti punca kematiannya. - K! ONLINE