Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mayat Mohamad Azmi Adam, 19,  ditemui pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.

"Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Pantai Genting, Tumpat, Kelantan dijumpai tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh dari bot nelayannya pada pukul 3.40 pagi, 3 September lalu.

"Bot peronda Maritim Malaysia (APMM) kemudiannya telah menghantar mayat mangsa ke Jeti Kuala Besut untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Kosmo! Online 4 September lalu melaporkan Mohamad Azmi dilaporkan terjatuh dari sebuah bot nelayan ketika sedang melakukan kerja-kerja penangkapan ikan di perairan Tanjung Basi berhampiran Pulau Perhentian dekat sini. - K! ONLINE