Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan WN Azharuddin Wan Ismail berkata, mayat mangsa, Liew Chong Meng, 76, ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam parit oleh orang awam pada pukul 2 petang. 

"Ketika dijumpai, keadaan mangsa masih berpakaian lengkap namun mayatnya sudah tidak sempurna dan berulat dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu. 

"Penemuan mayat mangsa hasil maklumat orang awam yang mendakwa menjumpai basikal berwarna merah milik lelaki tersebut yang dilaporkan hilang sejak 12 Mei lalu di dalam parit berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Wan Azharuddin, gerakan mencari mangsa kemudiannya dijalankan sebelum lelaki itu dijumpai di dalam parit berkenaan.

"Kita percaya mangsa dihanyutkan air ketika dia terjatuh di lokasi berhampiran basikalnya ditemui. 

"Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan luka di kepalanya akibat terhantuk," katanya. 

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE