Penemuan mayat lelaki tanpa baju dan hanya berseluar itu dijumpai seorang nelayan pantai ketika sedang memancing ikan di perairan berkenaan.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat oleh seorang lelaki dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik menerima maklumat tersebut, sebuah bot milik Maritim Malaysia Pulau Pinang telah ditugaskan untuk ke tempat yang dilaporkan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung dan diserahkan kepada pihak polis Teluk Kumbar untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. - K! ONLINE