Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada polis bantuan Ladang Bahau yang datang ke Balai Polis Bahau untuk membuat laporan.

"Sebaik menerima maklumat, Ketua Polis Bahau bersama anggotanya segera ke lokasi kejadian. 

"Pegawai Perubatan yang tiba di rumah itu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Kosmo! difahamkan, lelaki itu dikenali sebagai Gunaa Chandraderan, 26, dan baru bekerja selama tiga bulan sebagai kerani di ladang itu. 

Muhd Nur Hishamuddin berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian lelaki tersebut. 

Tambahnya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Jempol dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat menggantung diri.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. - K! ONLINE