Mayat Looi Theang Weng, 47, yang lengkap berpakaian itu ditemukan terapung kira-kira lima meter dari pantai berkenaan pada pukul 1.06 pagi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat  Lebuh Pantai D.Raman berkata pihaknya menggunakan tali untuk menarik mayat itu ke pantai.

Lelaki itu dipercayai terjatuh ke laut ketika memancing dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. - Bernama