Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh seorang pemancing pada pukul 6.30 petang.

Menurut beliau, mayat tersebut ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua belah ta­ngan diikat menggunakan seutas tali kabel.

“Terdapat beberapa kesan kecederaan pada leher, muka dan tangan manakala perut mangsa terburai kesan kelar menggunakan senjata tajam.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badan lelaki itu dan kita percayai mangsa telah mati sejak dua hari lalu,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.