Kesemua mayat berkenaan yang belum dikenal pasti identitinya itu dikeluarkan bermula pukul 1.59 pagi sehingga mayat keempat dibawa keluar pada pukul 4.27 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan selepas hampir enam jam tertimbus.

Beliau berkata, tiga mayat ditemui dalam keadaan berdiri dan masih memegang besi cerucuk manakala seorang lagi ditemui terbaring berdekatan tiga mangsa.

Kesemua mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang ( HPP) untuk bedah siasat. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam tadi itu, pekerja penyelenggaraan berkenaan dikatakan sedang melakukan kerja pemasangan cerucuk sebelum berlaku tanah runtuh. - K! ONLINE