Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai bau busuk yang disyaki datang dari rumah seorang lelaki berusia 51 tahun itu pada pukul 6.40 petang.

Katanya, mangsa, Mat Rani Mat ditemukan mati dalam keadaan terlentang di atas tikar tidurnya.

“Sebaik menerima maklumat itu, kami ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui mayat lelaki telah membengkak dan berulat dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, pemeriksaan awal pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya turut menjumpai barang peribadi seperti kad pengenalan dan wang dalam dompet mangsa.

“Menurut maklumat diberikan, lelaki itu tinggal sendirian di rumah berkenaan.

“Mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya.

Tambah Mohd. Taufik, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE