Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai dalam balutan tuala warna merah di bawah hamparan sehelai alas meja pada pukul 3.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Izaan Abdullah berkata, semasa kejadian saksi dan dua rakannya sedang mencari barangan terpakai untuk dijual di tapak pelupusan sampah terbabit.

“Tiba-tiba saksi ternampak hamparan alas meja plastik lalu menariknya sebelum menemui sehelai lagi alas meja yang berlipat di bawahnya.

"Kemudian, lelaki itu membuka lipatan alas plastik tersebut dan menjumpai pula bungkusan tuala warna merah yang mana di dalamnya terdapat mayat bayi masih bertali pusat," katanya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE