Mayat yang masih bertali pusat itu ditemui oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi si sungai berkenaan kira-kira pada pukul 2 petang sebelum mereka memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sahom, Mohd. Lot Abdul Hamid berkata, mayat yang ditemui dalam keadaan terapung itu pada awalnya disangkakan anak patung.

"Bagaimanapun setelah dihampiri, kanak-kanak tersebut terkejut apabila mendapati objek mencurigakan dalam keadaan terendam itu adalah seorang bayi lelaki yang bertali pusat.

"Mereka pada mulanya menyangkakan objek yang berada di bahagian tebing sungai cetek itu adalah anak patung namun kerana curiga dengan penemuan tersebut, mereka telah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mereka sebelum diperiksa," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambah Mohd. Lot, pemeriksaan kemudiannya mendapati objek tersebut adalah mayat seorang bayi lelaki sebelum dia bertindak memaklumkan kepada pihak polis. - K! ONLINE