Tertuduh, Maya Ahmad Fuaad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Mengikut pertuduhan, Maya yang merupakan ibu tunggal dan memiliki dua orang anak didakwa membuat laporan palsu kepada polis dengan niat menyebabkan anggota polis itu menggunakan kuasa untuk mencederakan atau menimbulkan kemarahan K. Mathurai Veeran, 38, di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya pada 30 Jun 2017.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.