Dalam satu kenyataan hari ini, Mavcom menafikan dakwaan yang ia telah memberitahu AirAsia Berhad agar membatalkan kesemua 120 penerbangan tambahan yang dipohon oleh syarikat penerbangan tiu semasa pilihan raya itu. 

Katanya, Suruhanjaya itu sebenarnya telah meluluskan kesema 66 penerbangan  tambahan yang dipohon oleh AirAsia pada 23 April.

"Suruhanjaya itu menganggap tuduhan Tan Sri Tony Fernandes bahawa Mavcom memberitahu AirAsia supaya membatalkan 120 penerbangan tambahan yang sepatutnya dapat membawa 26,000 penumpang selain penerbangan biasa adalah 'tidak berasas dan berniat jahat," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan Mavcom tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada AirAsia atau mana-mana  syarikat penerbangan lain mengurang  atau membatalkan sebarang penerbangan yang memenuhi  syarat-syarat kawal selia. - Bernama