Dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 pagi itu, mangsa, Khozali Din, 62, dikatakan terpijak wayar elektrik yang terputus di luar rumahnya.

Anak kedua mangsa, Fatin Najihah, 22, berkata, kebakaran berlaku ketika mereka sekeluarga sedang berbual di ruang tamu rumah.

“Ayah kemudian meminta kami keluar dari rumah selepas dia terhidup bau asap sebelum ter­nampak percikan api dari bahagian dapur rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.