Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Zulkhairilzam Zamzuri, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, rakan mangsa, Akif Irfan Mohd. Ridzwan, 16, pula mengalami kecederaan di bahagian kepala dan keadaannya kini yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman di sini dilaporkan stabil.

"Sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha 135 LC dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Padang Kubu dari Jabor dekat sini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka gagal mengelak seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan lalu merempuh haiwan berkenaan," katanya kepada Kosmo!  di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, rempuhan itu menyebabkan Zulkhairilzam dan Akif Irfan tercampak dari motosikal dinaiki mereka yang remuk teruk. - K! ONLINE