Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Izham Yusof, 25, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Kosmo! difahamkan, dua beranak itu tinggal di Desa Rejang, Setapak di sini, namun kelmarin mangsa mengajak ibunya untuk ke apartmen tersebut atas alasan sudah lama tidak berkunjung ke sana.

Mangsa merupakan anak tunggal dan mempunyai rekod rawatan mental di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul berkata, hasil siasatan mendapati pada pukul 8 pagi ibu mang­sa yang sedang membuat persiapan sarapan pagi di dapur ternampak kelibat anaknya duduk di atas tebing konkrit koridor dalam keadaan muka dan badan menghadap ke luar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.