Dalam kejadian pada pukul 11.05 pagi, Mohd. Fuad Suratman, 51, me­ninggal dunia selepas bas itu bergerak secara me­ngundur di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa sedang berba­ring di bawah bas untuk membaiki kerosakan klac.

Katanya, sewaktu pembaikan dilakukan enjin bas itu masih hidup.

“Namun, secara tiba-tiba bas tersebut telah mengundur sendiri dan menggilis mangsa sebelum melanggar tembok pagar masjid berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.