Mangsa berusia lingkungan 20-an yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu ditemui oleh seorang suri rumah selepas terdengar suara mengerang kesakitan di belakang rumahnya pada pukul 3 petang semalam.

Suri rumah itu yang terkejut kemudian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, sebaik mendapat maklumat, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian, bagaimanapun mangsa didapati telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal menemui satu kesan tikaman sedalam satu inci dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam pada dada kiri selain kesan luka pada pipi dan tangannya.

“Tiada sebarang senjata tajam ditemui di kawasan sekitar tetapi kita mene­mui sebuah kereta Pero­dua Axia yang dipercayai digunakan mangsa terbakar di kawasan semak kira-kira 100 meter dari lokasi mayat,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.