Anak keduanya, Roslee Rashid, 57, berkata, kali pertama bapanya dimasukkan ke HSA ialah pada 30 Julai lalu sebelum dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.

“Ketika berehat di rumah, suhu badannya naik sedikit dan kami membawanya ke hospital pada Isnin lalu sebelum dia ditahan semula hingga hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di HSA di sini semalam.

Turut melawat seniman ve­teran itu ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, Datuk DJ Dave.

Sementara itu, Mat Sentol berkata, dia memohon peminatnya untuk mendoakan kesejahteraannya agar cepat pulang ke rumah.

“Pastinya saya mahu peminat mendoakan untuk kesihatan saya, agar saya boleh pulang ke rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, DJ Dave yang ditemui berkata, pihaknya akan terus membantu rakan-rakan se­niman yang kurang bernasib baik.

“Mat Sentol merupakan antara legenda seniman tanah air, kita perlu menghargai dan menghormati beliau. Bantuan kewangan itu satu perkara tetapi yang lebih penting adalah doa dan semangat yang diberikan kepada beliau,” katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.