Beliau menarik perhatian dengan menyatakan bahawa UIAM sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat menurun dari segi prestasinya.

"Dengan kedudukan Menteri Pendidikan sebagai Presiden, saya cuma ingin melaksanakan misi dan tanggungjawab yang diamanahkan UIAM, dan saya akan lakukan yang terbaik, kemudian saya akan letak jawatan (sebagai Presiden universiti)," katanya.

Maszlee ditemui pemberita di sini malam ini selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pelajar yang antara lain mahu beliau melepaskan jawatan presiden UIAM.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri ada memberitahunya bahawa UIAM berpotensi menjadi setaraf dengan Universiti Oxford di United Kingdom. - Bernama