Beliau berkata, keputusan itu diambil memandangkan dirinya kini di Sarawak selama tiga hari atas urusan lawatan kerja dan tidak dapat memenuhi permintaan kumpulan mahasiswa berkenaan yang mahu bertemu secara berkemuka secepat mungkin.

“Saya telah mengarahkan Penasihat Khas saya, Wan Saiful Wan Jan untuk bertemu sendiri dengan mereka pada waktu petang dan malam buat masa ini.

“Saya juga memberi jaminan akan bertemu dengan kumpulan itu secepat mungkin untuk mendengar sendiri pandangan mereka”, katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE