Beliau berkata, ini kerana kemasukan pelajar kaum itu di IPTA negara ini belum mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu tujuh peratus.

“Kerajaan sedang mengkaji tambah bidang atau tempat matrikulasi supaya bilangan kaum India ditambah. Kita berharap melalui pelbagai intervensi khas, kita boleh mencapai sasaran ini.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bersifat inklusif, kita sentiasa memastikan tiada siapa harus tercicir dalam arus pembangunan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Yayasan MyNadi (MyNadi) di Dewan Sri Endon, Puspanitapuri di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.