Presidennya, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, Malaysia adalah negara pertama yang menjalin hubungan dengan China pada tahun 1994 dan hubungan tersebut menjadi semakin baik selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Bagi masyarakat Cina, kita sangat mengalu-alukan pelaburan daripada China kerana hubungan baik ini bukan hanya memberikan lebih peluang pekerjaan kepada rakyat, pada masa yang sama ia akan mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengahari bersama Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Tee Hock Seng.

Sementara itu, Yin Huah berkata, adalah penting bagi masyarakat Cina untuk mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya sebarang masalah yang mereka dihadapi mudah diatasi.

Dalam pada itu, Pengerusi Bersama Majlis Perniagaan China-ASEAN, Tan Sri Lim Gait Tong berkata, sentimen anti China yang dibangkitkan oleh sesetengah ahli politik di negara ini adalah tidak baik kepada buat Malaysia dan ASEAN.

“Mereka yang rasis boleh menjejaskan hubungan baik antara China dan Malaysia, adalah bahaya kepada negara untuk mempunyai pandangan bertentangan dengan trend masa depan.

“Rakyat perlu melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka untuk mengundi demi untuk kestabilan dan mengekalkan hubungan baik dengan China,” katanya. - K! ONLINE