Bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk kerja-kerja baik pulih masjid dan surau sementara sebanyak RM2 juta untuk pembaikan asrama di 25 buah SAR.

Sebanyak RM162,000 pula diserahkan kepada 11 buah sekolah pondok.

Terdahulu, Najib bersarapan dengan kira-kira 1,000 guru dan pelajar pondok serta pengetua SAR di negeri ini di Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah, Pondok Tanjung Kapur di sini.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. - K! ONLINE