Ini kerana kerosakan moral yang bermaksud keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang selalunya lebih difokuskan terhadap golongan remaja.

Golongan ini banyak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti mengamalkan gaya hidup bebas, terlibat dengan jenayah, penagihan dadah, budaya lepak dan bermacam-macam lagi masalah sosial.

Sekiranya mereka terus dibiarkan hanyut dalam mengamalkan gaya hidup seperti ini, sudah pasti negara akan mengalami kerugian yang besar.

Akibatnya, pelbagai kes pelik yang di luar kotak pemikiran kita berlaku sejak akhir-akhir ini.

Misalnya, kes seorang ibu tunggal yang tergamak melacurkan dua anak perempuan masing-masing berusia 13 dan 10 tahun kepada dua lelaki warga Bangladesh di Johor Bahru, Johor.

Lebih menyayat hati, kanak-kanak malang itu dipaksa melakukan hubungan seks dengan kedua-dua lelaki ber­kenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat sendiri oleh tertuduh dengan bayaran RM50 seorang.

Wanita berusia 39 tahun itu mengaku salah terhadap 10 pertuduhan yang dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah, sekali gus dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pada hari Isnin lalu juga, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mendedahkan, aktiviti seks rambang membabitkan seks sesama jantina dikenal pasti sebagai punca kepada kes baharu jangkitan HIV dan AIDS di negara ini.

Sebanyak 108,519 kes jangkitan HIV dan AIDS direkodkan di negara ini sejak 1986 hingga tahun lalu dan negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 26 peratus daripada jumlah kumulatif itu.

Seks rambang antara lelaki dan perempuan serta seks rambang antara lelaki dengan lelaki.

Namun, apa yang mengejutkan ialah banyak kes seks rambang antara lelaki dengan lelaki ini melibatkan mereka dalam bidang profesional.

Pada hari yang sama juga, seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan menggigil akibat kesejukan selepas ditinggalkan di sebuah hentian bas di Kampung RTP Lebu, Bentong, Pahang.

Bayi malang itu ditemui di atas tempat duduk hentian bas tersebut dengan hanya dibalut sehelai kain batik yang masih dibasahi darah oleh seorang penduduk kampung.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu mempunyai kesan gigitan semut pada dahi dan dagu tetapi berada dalam keadaan sihat selepas menerima rawatan di klinik.

Di lokasi yang berlainan, Agensi Antidadah Kebangsaan Kerian di Perak menahan seramai 29 orang termasuk seorang lelaki lumpuh dalam operasi perdana Perangi Dadah Habis-habisan di sekitar bangunan pasar lama.

Dalam tangkapan tersebut, lelaki berusia 52 tahun yang cacat pada kaki kanan akibat kemalangan 16 tahun lalu itu ditahan anggota AADK selepas dipercayai positif dadah jenis morfin.

Sementara itu, seramai 15 orang minah rempit antara 131 orang pelumba haram yang ditahan polis dalam operasi bersepadu dijalankan di Jalan Jelapang-Silibin, Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia pula mendedahkan, 43.4 peratus pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta dan menunggang motosikal sehingga mendorong berlakunya nahas.

Banyak lagi contoh yang boleh diambil untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia sedang menghadapi keruntuhan moral yang teruk.

Kes penipuan, rasuah dan pembunuhan bukan lagi satu kejadian yang pelik. Ia seakan-akan sudah menjadi ‘menu sarapan pagi’ rakyat Malaysia pada setiap hari.