Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengiktirafan itu sekali gus menolak tuduhan kononnya Malaysia bukan negara Islam atau komitmen yang diberikan untuk meninggikan martabat Islam terlalu longgar.

“Bila kita perkenalkan dasar wasatiyyah atau kesederhanaan, itulah yang dikatakan salah satu prinsip asas dalam Islam.

“Liga Islam Sedunia bukan orang kita bayar gaji dia (untuk beri pengiktirafan), sebaliknya ia melihat, teropong seluruh negara dan Malaysia dijadikan contoh negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersarapan bersama kira-kira 1,000 guru dan pelajar pondok serta pengetua Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini di Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah, Pondok Tanjung Kapur di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.