Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, bot itu ditahan ketika berada pada jarak kira-kira 7.5 batu nautika Barat Daya dari Kuala Kedah pada pukul 5 petang.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati seramai tiga nelayan warganegara Thailand berusia antara 20 hingga 36 tahun berada di atas bot tersebut.

“Berdasarkan pemeriksaan lanjut, bot itu disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat lesen iaitu permit kerja tamat tempoh,"  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahmad Faizal berkata, bot terbabit yang membawa kira-kira 3,000 kilogram pelbagai jenis ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

"Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," katanya. - K!  ONLINE