Kedua bot nelayan asing Vietnam tersebut ditahan dilokasi 220 hingga 222 dari Kuala Tok Bali pada pukul 9.30 pagi dan 10.40 pagi.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, tangkapan pertama melibatkan sebuah bot yang melibatkan 12 orang awak-awak termasuk tekong manakala sebuah lagi bot  bersama dua awak-awak.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan tidak mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perikanan Malaysian untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Kesemua tekong dan awak-awak yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 51 tahun juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, kedua-dua bot dipercayai menyasarkan kawasan berhampiran ZEE sempadan negara supaya boleh mengelak dan lolos ke perairan Vietnam apabila dikejar penguat kuasa.

“Kedua-dua bot kini disita  dan nelayan terbabit akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

“Maritim Malaysia Kelantan turut bekerjasama dengan  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam menjayakan operasi membanteras dadah yang membabitkan nelayan secara berterusan,” katanya.

Kelmarin, katanya, satu operasi bersepadu bersama AADK telah dilaksanakan namun berjaya mengesan seorang nelayan warga Thailand di sekitar Tok Bali yang positif pil kuda selepas ujian air kencing dijalankan. - K! ONLINE