Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat berikutan terdapat bantahan terhadap cadangan kerajaan sebelum ini yang mahu mengagihkan peranan agensi tersebut kepada beberapa kementerian kerana saiznya yang besar.

“Seorang untuk menguruskannya tidak mencukupi, sebab itu kita cuba untuk mengagihkan peranan Mara kepada beberapa kementerian.

“Ada yang tidak suka, sekarang ini kita kembalikan Mara kepada satu kementerian sahaja. Saya berharap kementerian itu sanggup memikul beban yang besar. Kita serahkan Mara kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.