Mohd. Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) berkata, cadangan itu selaras dengan hasrat Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang mahukan Kerajaan Negeri memberikan pembelaan kepada golongan itu.

Beliau berkata, cadangan pemansuhan ini juga boleh dianggap sebagai menghargai mandat yang diberi pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) sehingga berjaya mempertahankan negeri ini dan membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Sebagai menghargai mereka, apa salahnya jika tol tidak dikenakan kepada penunggang motosikal kerana majoriti mereka adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan laluan itu untuk mencari rezeki menyara keluarga," katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, pihak konsesi secara keseluruhannya mengutip bayaran sebanyak RM667,788 sebulan daripada penunggang motosikal manakala lebih RM10 juta untuk tempoh sama bagi pengguna kereta. - Bernama