Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, bantuan awal itu diberikan bagi meringankan keluarga mangsa untuk membaik pulih kediaman masing-masing. 

"Pemilik rumah di Kampung Bukit Rang, Mat Lela Shamsuddin, 69, menerima RM5,000 manakala RM3,000 diberikan kepada Zainab Othman, 39, dari Kampung Paya Garuk. 

"Kedua-dua rumahnya mengalami kerosakan teruk dibahagian bumbung yang turut memberi kesan kepada pendawaian elektrik," katanya hari ini. 

Nazri memberitahu, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib keluarga yang ditimpa bencana itu dan berharap mereka bersabar dengan ujian Allah. - K! ONLINE