Beliau berkata, Kabinet bersetuju memberi bantuan kepada mangsa melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) melibatkan peruntukan keseluruhan RM17.025 juta.

Peruntukan tersebut akan turut digunakan bagi membiayai perolehan sama ada barangan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan membaik pulih kediaman yang rosak, katanya.

"Kerajaan persekutuan bersama-sama kerajaan negeri sedaya upaya akan membantu bagi meringankan beban mangsa yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azizah, sehingga semalam, 3,601 buah kediaman dilaporkan telah rosak selain premis-premis lain seperti sekolah, hospital, masjid dan surau. - Bernama