Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, hanya tujuh pusat pemindahan masih dibuka di daerah Marang, Kuala Nerus, Dungun dan Setiu.

"Kuala Nerus masih menempatkan 701 mangsa banjir di tiga pusat pemindahan diikuti Marang (39), Dungun (33) dan Setiu (32).

"Kebanyakan mereka dijangka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing memandangkan cuaca diramal cerah sepanjang hari ini," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE