Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, angka itu meningkat hampir tiga kali ganda berbanding hanya 342 mangsa daripada 103 keluarga pada tengah hari tadi.

Beliau berkata, 10 pusat pemindahan di Alor Gajah yang dibuka termasuklah di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Masjid Ar-Rasyidin dan lapan balairaya di Bukit Tambun, Panchor, Taman Seri Bayu 1, Kampung Pegoh, Kampung Beringin, Sungai Tuang, Gadek dan Bukit Alai.

Sementara itu, sebuah PPS di Melaka Tengah dibuka di SK Krubong dan menempatkan seramai 75 mangsa membabitkan 18 buah keluarga.

"Pejabat Meteorologi Melaka memaklumkan cuaca di seluruh negeri pada petang ini diramal ribut petir di beberapa kawasan pedalaman dan hujan di satu dua kawasan pada waktu malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE