Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 8 pagi, pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak menempatkan seramai 29 orang daripada tujuh keluarga manakala Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam pula menempatkan empat orang daripada sebuah keluarga.

"Kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Tekam," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Ayub berkata cuaca di sekitar Segamat dilaporkan cerah dan pemantauan terhadap banjir masih dilakukan agensi berkaitan. - Bernama